Nak kongsi resepi agar2 ..
Bahan :
Satu paket agar-agar - guna cap layang2
Satu tin susu cair - guna Ideal ( sedap )
10 sudu gula - ikut suka / selera memasing
pewarna merah - guna sirap ros jeww
satu paker cincau - di cincang halus
1500 ml air
secubit garam
Cara :
Masak air bersama agar-agar hingga mendidih
Bila agar-agar dah cair, masukkan bahan-bahan lain di atas .
Kacau shingga mendidih dan tuang ke dalam acuan.
Simpan dalam peti sejuk..
Thursday, January 26, 2012
Resepi - Puding Jagung VaavaaVoomm
Hari ni nak kongsi resepi ringkas... Heheheh.. macam gambar atas... iatu puding jagung vaavaavoom ..nampak sedap kann..memang sedap pun..kui..kui..
Puding Jagung VaaVaaVoom
Bahan-Bahan:-
1 pkt Tepung kastard - guna jenama Bird Castard (sedap skit dri brand lain)
2 pkt santan pekat - nak bagi rasa lemak manis
Gula - 8 sudu ( secukup manis-ikut suka)
Air - 500 ml
Sesudu kecil garam
Sesudu kecil garam
Cara- cara :-
Masukkan tepung kastard, santan air, garam dan gula ke dalam kuali ( guna kuali besar supaya senang nak kacau)
Kacau sebati sehingga likat dan guna api yang sederhana.
Bila dah likat dan pekat boleh dituang ke dalam acuan.
Siap untuk di hidang dan l;ebih enak kalau di masuk ke dalam peti ais sehingga sejuk.
Rasa nya memang vavavaavoomm...
Subscribe to:
Posts (Atom)