Thursday, February 2, 2012

Maner "Manners" lu..

'Dont judge the book by the cover'. Itu kata omputih lah.. Kalau orang melayu penampilan seseorang tu penting untuk menonjolkan bagaiman peribadi pemakainya.. Tapi aku sedikit kecewa dengan 'makcik' sorang ni.. Pakai dah lawa..mungkin dah naik haji kot..umur dalam 50++.. Nak di jadikan cerita.. aku ni menyewa rumah.. Ada surat untuk tuan rumah.. Then aku call beritahu ada surat untuknya dan dia kata akan suruh abangnya ambil surat tu petang nanti.. Biasa aku sampai rumah dalam pukul 7.00 mlm selepas ambil semua anak-anakku di taska.. Biasa balik keje jer aku akan mandi sebelum buat keje rumah.. Encik suami pun akan mandi sama ( bilik air ada dua). Tengah syok mandi bagai..tetiba dengar orang ketuk pintu..Dan anak-anak aku akan meluru datang ke pintu bilik air. 'Mama..Papa..ada orang ketuk pintu..Cepat mandi..( anak kami di larang buka pintu walau kami berada di rumah). Kami pun cepat-cepat mandi dan pakai baju..Dalam masa yang sama kedengaran pintu rumah di ketuk semakin kuat.Apa lah orang datang Maghrib camni..takkan nak bukak pintu dengan tuala bagai..kang ada yang pengsan bila aku pintu dengan pakai tuala..hehehe..
Sesudah pakai baju encik suami pun bukak pintu.. rupanya abang tuan rumah yang datang untuk mengambil surat.. Seraya si abang tuan rumah bertanya ketika aku baru samapai di muka pintu.. bukan muka buku yer.. " Apasal lambat sangat bukak pintu?" Abang ni memakai jubah baju melayu dan kain pelikat. Muka dia macam pencegah khalwat nak tangkat pesalah sambil pandang kami berdua dari atas ke bwah.. Ntah apa dalam fikirannya pun tak tau..
Encik suami menjawab " Tengah mandi..kami baru sampai rumah dari tempat kerja.."
'' Eh..maghrib baru mandi"... Sambil pandang bini dia dengan dahi yang berkerut (bini dia elok jer pakai baju kurung dan bertudung labuh).. Aiiyoo muka bini dia masam betul macam sangap..
Aku pun jeling bini dia sambil kata " Sukati lah kitorang nak mandi bila pun"

Moral of the story :-

Kadang-kadang orang berpakaian elok tapi perangai cam si**.. Orang tak pakai tudung pun kekadang lagi baik...

No comments: