Thursday, October 13, 2011

Syukur Alhamdulillah

Salam Jumaat,

Di hari Jumaat yang mulia ini... syukur ke hadrat Illahi kerana aku masih lagi bernafas di bumi ini. Ketika aku balik umah ayah utk feed susu lunch hour td, hati aku rasa bergetar.. Ya Allah.. betapa lah siksanya dirinya sekarang.. terbaring kaku tidak dapat bergerak.. dan perut hanya beralas susu setiap 4 jam.. mengharap ikhsan anak-anak ... mengharap kepulangan anak-anak..

Aku sendiri tak mengerti dan tak boleh nak paham adik beradik ku yang lain.. bila kah akan pulang menjenguk ayah.. ahhh..sibuk dgn tugasan harian masing-masing. Betapa rugi nya mereka kerana masa yang ayah ada mungkin tidak lama.. Mungkin pemergian emak pada tahun 2004 dulu tidak cukup untuk mengingatkan mereka.. Kasih ibu dan ayah membawa ke syurga..

Setiap kali aku mengusap muka ayah, ayah sering membalas ku pandangan yang sungguh bermakna.. air mata ayah sering kali mengalir..ayah ku seorang yang alim ..malah solat Tahajjud tidak pernah tinggal walau semalam pun.. ketika sakit sekarang hanya keping-keping doa dan ayat sering bermain di mulutnya.. kasihan sungguh ayah.. Doaku agar anak-anakmu yg lain akan pulang selalu menjengukmu.. supaya ayah gembira di hari-hari akhirnya..