Thursday, January 26, 2012

Resepi - Agar-agar bandung Cincau Meletopppsss

Nak kongsi resepi agar2 ..

Bahan :
Satu paket agar-agar - guna cap layang2
Satu tin susu cair - guna Ideal ( sedap )
10 sudu gula - ikut suka / selera memasing
pewarna merah - guna sirap ros jeww
satu paker cincau - di cincang halus
1500 ml air
secubit garam

Cara :
Masak air bersama agar-agar hingga mendidih
Bila agar-agar dah cair, masukkan bahan-bahan lain di atas .
Kacau shingga mendidih dan tuang ke dalam acuan.
Simpan dalam peti sejuk..

Resepi - Puding Jagung VaavaaVoomm



Hari ni nak kongsi resepi ringkas... Heheheh.. macam gambar atas... iatu puding jagung vaavaavoom ..nampak sedap kann..memang sedap pun..kui..kui..


Puding Jagung VaaVaaVoom


Bahan-Bahan:-




1 pkt Tepung kastard - guna jenama Bird Castard (sedap skit dri brand lain)

2 pkt santan pekat - nak bagi rasa lemak manis

Gula - 8 sudu ( secukup manis-ikut suka)

Air - 500 ml
Sesudu kecil garam


Cara- cara :-


Masukkan tepung kastard, santan air, garam dan gula ke dalam kuali ( guna kuali besar supaya senang nak kacau)

Kacau sebati sehingga likat dan guna api yang sederhana.

Bila dah likat dan pekat boleh dituang ke dalam acuan.

Siap untuk di hidang dan l;ebih enak kalau di masuk ke dalam peti ais sehingga sejuk.

Rasa nya memang vavavaavoomm...



Friday, January 20, 2012

quote for the day

Suka sangat bila dengar lagu 'adele-Someone like you"

Chorus nya berbunyi:-

Never mind i'll find someone like you
i wish nothing but the BEST for YOU,TOO
don't forget me, i BEG ..i remember you said
" Sometimes it lasts in LOVE, but Sometimes It HURTS insteaD

Nothing compares
No worries no cares
REGRETS and MISTAKES
They are MEMORIES made
who would know how BITTERSWEET this would TASTE'

it's very touching...and i'm speechless when hear this song... :)
thumbs up to Adele...

Adele - Someone like you (OFFICIAL VIDEO LYRICS) HD Live from Brit Award...

Wednesday, January 18, 2012

Kerana mulut badan binasa

Topik ari ni 'kerana mulut badan binasa'. huisssh..geram tul ngan opismate aku yg sorang ni.. kalau mintak tolong bukan main lagik dier.. huh..lembut gigi dari lidah.. depan aku ok-ok jer.. tapi manerlah tau and manerlah sangka kann.. kat belakang cucuk-cucuk opismate lain dan bos kata kan aku ni suka lah bukak laman muka buku sampai kerja tak buat. habih selama ni aku kasi selesai ekau punya kerja tu bukan kerja ke.. amik kau..pas ni janganada niat lah nak suh aku tolong kau.. akan ku kaut semua komisen agar dirimu tak senang lenang lagi..hahahah.. dah takder hati nak layan orang cam ni.. kalau baik sangat ini kot jadi nya.. mmm..tak per yang penting aku tahu niat aku tolong diabaik..cuma dia jer yang tak tahu menilai kebaikan aku.. Allah s.w.t is there..

Tuesday, January 17, 2012

Si kerinting* Nur Amirah Dayana













Ini lah dia Si Kerinting...panggilan untuk Nur Amirah Dayana..







Kitorang gelar dia 'Si Kerinting" kerana rambutnya. Camaner comelkan.. ntah dr maner datang comel.. Mak ngan bapak nyer comot..hahaha.. anugerah Allah s.w.t..














Ni masa dia umur 6 bulan

Hatiku berbunga-bunga..

ni bukan bunga-bunga cinta..tp ntah hatiku berbunga-bunga.. tp kenapa orang selalu cakap hati berbunga-bunga yek..padahal tak tanam dan siram baja pun..what ever..hatiku sedang berbunga-bunga ...ngeh..ngeh..

huyey..teruskan usaha..akan ada hasilnya

beberapa ari ni aku bz sikit buat sales..sourcing price macam org giler..
dan hari ni aku punyer collection jer dah meningkat...huhu..happy nyer bila usaha sudah menampakkan hasilnya..

Friday, January 13, 2012

come back to school..eh..eh..to Work lah..

Dah setart keje after 2 bulan 5 hari bermc .. Sengal dan nak giler duduk kat umah...
Yang tak best nyer, rakan sekerjaku pulak yg admit kat hospital sbb diabetes.. Nak reply quotation lah..sourcing harga lah.. dengan report debtors, creditors dan statement 2 bulan perlu di updatekan.. dan yg best nyer dah boleh buat sales so boleh ler claim komisen pas ni...

eksiden on 21.10.2011

Pagi Jumaat 21.10.2011.

Macam biaser lepas ziarah ayah aku, aku pun pandu motor ke tempat keje. Hari tuh jalan tak ler jammed pun. Dah betul nak sampai simpang masuk ke opis, tetiba jer ada lori kecil ( aku rasa lori service air-cond lah) betul-betul berapa inci jer ngan aku. Apa lagi terkejut beruk lah.. Ya Allah...... Oh...Jatuh Tergolek kat tgh jalan lepas bergesel dgn lori tadi dek tak dpt mengawal keadaan pasti yg aku ingat pandangan aku gelap dan rasa nak pengsan.

Akibatnya, tulang jari manisku patah dan harus di masukkan besi. Jadi lah iron lady..hahahaha
Tapi sekarang aku dah ok..